30 PESAN IMAM SYA’FEI SEBAGAI PEGANGAN HIDUP
Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin
Sha’fie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul
Manaf.
Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani
Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak.
Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari
suku Uzd.
Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan
Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan
Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada
masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau
sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia
sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab
al-Muwatta yang ditulis Imam Malik.
Beliau mempunyai suara
merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau
mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana
kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung
masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54
tahun.
Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya
sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu
menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid,
“Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai
taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai
dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis.“
Pesan Imam Sya’fie, ” Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal
Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang
lebih utama perlu dituruti.“
|
30 PESAN IMAM SYA’FIE :
1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2. Perbanyaklah menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Dan Perbanyaklah menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
3. Pilihlah makanan yang halal karena ia menjamin kesehatan dan menyebabkan syaitan menghindar.
4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar arti sabar dimana
sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah
menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu,
bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi arti syukur.
5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat dan saudara kamu sakit,
kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh
malaikat dan dan dicintai Allah.
6. Marah adalah salah satu antara
panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia
supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
7. Kasihanilah
anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan
beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi
anak-anak yatim di akhirat.
8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti
kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka
berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada
umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia
ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan
dan kemenangan.
11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala
serangan yang mencoba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng
iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas,
mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin
dalam mengerjakan ibadah.
12. Ingat dan zikir kepada Allah
sebanyak-banyaknya karena ia mengobati penyakit jasmani dan hati. Ia
mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu
perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah
jawaban yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada
al-haq yang tidak berbelah bagi.
15. Kita perlu sentiasa memohon
perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan
“A’uzubillahi minassaitathanirrajim“. Kita perlu bersabar sekiranya
serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari
Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat
ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat
daripada perang sabil.
16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah
kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam
dirimu sendiri.
17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan
betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang
tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
18.
Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan
lari ketakutan dan menggoncang kerajaan iblis di istana kerajaannya.
19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah
memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah
pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20. Tafakurlah
sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti
pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya
dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
21.
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu
cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan
orang soleh.
22. Siapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat,
dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur,
mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki
yang ada.
23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
24. Siapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan
ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan
perintah Allah.
26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman,
mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya
dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak
(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
27. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan
kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang
bermaksud, Allah membela orang yang beriman
28. Allah menjanjikan
kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan derajat
mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya
seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang
bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
29. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan
lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang
bermaksud ” Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada
jalan yang lurus.”
30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman,
mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi
mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah
al-A’raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan
bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi
tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa
mereka disebabkan perbuatan mereka.
Sumber : ~"Adinda Rossita Khumairah Najwa"
No comments:
Post a Comment